Da'wah
ABOUT ENTRY TWITER
Ajal
Monday, December 23 • Monday, December 23, 2013 • 0 comments
Bismillah .

Tutup buku form 4 Pendidikan Islam . 

Earphone Despicable Me yang 'lawoo' disumbat ke dlm telinga dengan malas . 
Pasang zikrullah volume 73 .

Buku " Rahsia Hidup Selepas Mati " dibuka .

***

 Kematian bukanlah ketiadaan dan kefanaan .Kematian tu musibah terbesar .

Kullu nafsin dza'iqatul maut .

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati .



Haa, pernah tak hati kita terdetik canni ...

" Canne eh rasa mati ? Taulah sakit tapi canne eh ? "

Seksaan yg amat pedih bagi mayat ketika sakaratul maut iaitu merasakan haus 
dan terbakarnya hati .

Takut ?

Yess ! Amalan aku sikit lagi. Sangat sikit . Takut meninggal dekat dunya yang fana ini tanpa ada manfaat untuk saudara Islam kita .

" Kebanyakan runtuhnya iman seseorang hamba Allah adalah waktu sakaratul maut . " - Al-Imam Abu Hanifah.

Orang lain duk sibuk berkejaran nak pi syurga Allah . 

Tapi kita masih lagi memain dekat donia ni. Macam takkan mati gitu haa.



***

' Aku akan mati bila-bila masa je . Allah dah siapakan semuanya . '

Cer sematkan dalam hati ayat tu .  

Mati tak mengenal usia sahabat . Mati pun tak tunggu taubat kita . Mati tu ibarat pintu . Yang jelas, semua orang akan masuk pintu tu .

Tapi , apakah gerangan alam yg berada di balik pintu itu ?

Tu ada dekat tangan kita . Nak syurga ke neraka . Pilih je.

Nak syurga memang perlukan usaha . Usaha nak dapat redha Sang Pencipta . 

Dia . Allah .

Dia selalu ada. Ada teman kita setiap waktu . 

Rasulullah s.a.w taknak tengok kita terjerumus dalam lembah neraka .

Mengharapkan syafaat . Itulah kita .

Usaha baru je sikit. Tapi dah rebah . Dah mengalah . Taknak sambung beristiqamah dah . Dah terhasut dengan syaitan . Itu aku. Kekadang .

Tapi kita kena kuat . Lawan nafsu. Lawan syaitan :)

Ya Qowiy .

Selalu ada untuk pinjamkan kita kekuatanNya .

Hayya sahabat . 

Mai kita bermujahadah sama-sama . Nak pi mana ?

Pi sana . Pi surga . Kat sana kita rehat puas-puas. 

Kat dunia ni kita perang habis-habis .

Kalau takut jatuh, meh kita sama-sama pimpin tangan, sahabat .

Allah tengok usaha kita .

Hayya .






PASTFUTURE
LIFE
Assalamualaikum . I'm standing here to give a da'wah .